Assalamualaikum and hey untuk sesiapa yg terjumpa post ni ! (aku lonely haa, dulu pernah ada blog tapi tu la blog budak2 skolah rendah buat post pon taraf skolah rendah *sobsob*)
Actually aku dah lama nak post entry ni tapi tu la sebab kemalasan nak mampus. Yang ingat kata nak tulis entry ni pon sebab dalam beberapa hari ni akan keluar keputusan temuduga (or iv) bagi seni lukis dan seni reka.
This is all just my experience. Kalau korang nak tahu yang aku ni duduk Kedah so iv pon dibuat di UITM Merbok. Dekat je dengan area mana aku tinggal.
Okay start aku dengan family keluar pukul 7:30 camtu dan alhamdulillah takda traffic jam kot. Penat ja aku risau pasal traffic jam sebab terbaca entry-entry pasal iv ni. First of all, kitorang yang dapat iv tu tunggu dalam satu dewan bagi fakulti ni. Then the lect. (i think) call us by our group name. Aku dapat group yang ke 6. Nasib baik group ke 6 wei.
Btw guys, ada dua sesi iaitu sesi ujian melukis dan sesi temuduga. Untuk ujian melukis jangan lupa bawak barang2 yang dah ditulis di arahan dan senarai keperluan calon. Aku lupa bawak pen sooooo kena tulis pon pinjam orang sebelah.
Sesi I : Ujian Melukis - Sejam
Ujian Kreativiti - 20 minit
Sesi II : Ujian buta warna
Temuduga
Pastu kitorang dibawa ke 1 dewan besar (kelas2 yang dah ditukar jadi dewan) untuk ujian melukis yang pertama. Tapi tak start lagi, kitorang tunggu sampai dewan tu dah penuh and then baru start ujian melukis.
Macam entry-entry pasal iv ni, kita kena lukis objek yang disediakan. Aku punya la cop tempat yang pandangan dia bagus. Objek yang kami lukis ialah tong sampah,kain,kerusi dan patung yang budak fesyen guna tu. Wait don't worry aku ada tangkap gambar. See for yourself !
This is the result ! Tada ! Tak la lawa mana, sebelah cek, fuuh professional punya kot. Skor yang aku dapat ialah 43. Okay la tu sebab full skor 50.
Dan nak mulakan ujian kedua iaitu ujian kreativiti tu punya la lama. Kena tunggu lagi. Honestly, aku ada la curi-curi tengok kanan kiri diorang lukis apa kan. Nampak dak petak no 1 tu. Punya la fikir tapi tak tahu nak lukis apa. Banyak lukis gunung ganang je.
1 tips untuk ujian ni, korang pastikan berani sambung kan line-line tu dan bagi keluar petak. Ujian ni dia nak tengok kita berani tak nak cuba yang sesuatu diluar comfort zone kita. Full skor ujian ni 20 dan senang sangat nak skor kalau korang otak geliga.
After that kitorang kena tunggu lagi (yes wait and wait again). Ini mesti sesiapa yang dah khatam entry orang lain akan tahu yang kita diberi borang untuk isi result SPM dan pilihan2 dalam fakulti ni. Ada 9 pilihan. Tapi maaf, aku tak ingat pilihan-pilihan dia so korang boleh cari di entry orang lain.
The last one is ujian buta warna dan temuduga. Ya Allah, korang tahu tak punya lamanya kami tunggu. Aku rasa dekat sejam tunggu nak buat ujian buta warna. Okay this one is very important. Kalau korang buta warna, memang payah nak masuk bidang ni. Ada sorang lelaki ni tak boleh boleh lepas ujian buta warna. Sambil buat ujian ni, diorang akan pastikan dokumen-dokumen semuanya lengkap.
Yang kat sini lah aku sekat sebab dokumen-dokumen semuanya tak disahkan. So adik-adik yang maybe teringin nak masuk atau in the future korang dapat iv ni, pastikan dokumen-dokumen anda tu diSAHkan. Jangan jadi macam aku tau, punya kena call mak ayah minta ic asal sebab dia tak boleh terima yang salinan kalau tak disahkan. Then sijil lahir asal mak dan ayah aku sent melalui email.
Dah sampai time temuduga, aku takdanya kena gertak ka apa soalan-soalan merapu merapu ka. The lecture just tengok portfolio/lukisan dan bagitahu kalau dapat ni, dia tak tahu mana orang kat Shah Alam akan hantar. Just answer that's fine. Aku pi jawab : tu la harap-harap kalau dapat diorang tak hantar pi Sarawak (jangan jawab macam aku, aku nervous tu jawab camtu)
Temuduga tu sat ja. Tak lama pon mungkin sebab banyak orang. Anyway guys, terima kasih sesiapa yang sudi baca entry ni. Dalam beberapa hari lagi, kalau dapat aku akan tulis entry lain. Kalau tak dapat, dah bukan rezeki, aku lari pi POLI .
Bye guys !
Dapat ke?
ReplyDeleteThanks alot hehe
ReplyDelete